Saturday, May 11, 2013

Koop Masjid menempa kegagalan.


KOPERASI KARIAH MASJID  tidak mempunyai model perniagaan yang berjaya.


Berikut adalah sebab sebab mengapa koperasi kariah masjid akan gagal.
  1. Majoriti kariah mesjid tidak suka mencampurkan hasrat ugama dengan perniagaan.
  2. Harta dan wang Masjid tidak boleh digunakan untuk tujuan selain dari mengejar keredaan Allah, tujuan masjid.
  3. Kawalan ketat terhadap aset dan wang masjid dilakukan oleh Jabatan ugama islam negri yang dipimpin oleh Sultan masing masing.
  4. Tanah dan harta wakaf tidak boleh dibangunkan dan diuruskan oleh sesiapa melainkan akhirnya untuk faedah masjid.
  5. Dengan demikian, Koperasi masjid tidak boleh menggunakan kemudahan masjid kerana ia bercanggahan kepentingan.
  6. Dari prinsip amanah, koperasi kariah masjid perlu diasingkan dan dijauhkan dari Jawatankuasa masjid . Oleh yang demikian dimana letaknya kelebihan yang dapat menjayakan koperasi kariah masjid?
  7. Koperasi kariah masjid akan menjurus kepada kegagalan kerana dari mula lagi ia tidak ada kelebihan.  Konsep "mutuality" atau "kerjasama" tidak wujud.
  8. AJK masjid bertanggung jawab kepada Majlis Agama Islam negri masing masing dimana sultan atau raja negri bertanggungjawab.
  9. AJK koperasi terpaksa menjauhi kegiatan Masjid kerana ditakuti percanggahan berlaku.
  10. Dalam hal yang demikian, tidak ada synergi atau mutualiti antara dua entiti tersebut.

No comments:

Post a Comment